Penulisan Wasiat Professional

"Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) mati, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan kaum kerabatnya secara ma’ruf, (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."

Al-Baqarah: 180

Wasiat adalah pemberian seseorang pewaris yang dizahirkan secara lisan atau bertulis mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Wasiat merupakan satu dokumen perancangan harta pusaka yang menepati undang-undang Islam.

Ciri-ciri Wasiat Islam:-

1. Harta yang hendak diwasiatkan tidak lebih sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali dengan persetujuan waris-waris.
2. 1/3 daripada harta pusaka boleh diberikan kepada bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati.
3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
4. Selepas kematian pewasiat, kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati wajib dilangsaikan dahulu.
5. Wasiat boleh ditarikbalik atau diubah pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat.

Kelebihan membuat Wasiat:-

1. Mempercepatkan proses penyelesaian pusaka dengan pelantikan wasi/pentadbir harta.
2. Melunaskan hutang dan tanggungan.
3. Menyempurnakan hak dan hasrat bagi yang tersayang dan untuk diri anda.
4. Mampu memastikan waris-waris tidak bergaduh berpunca daripada harta pusaka setelah kematian pewasiat.