Pengurusan Harta Pusaka

Ada ahli keluarga anda telah meninggal dunia?

Anda tidak tahu ke mana harus anda tuju bagi menuntut harta pusaka yang mereka tinggalkan seperti tanah, rumah, EPF, ASB, ASN, dan harta-harta yang lain?

Anda tidak tahu prosedur bagi menuntut harta pusaka berwasiat atau tanpa wasiat?
Di Wasiatdotcom, kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk pengurusan harta pusaka tersebut seperti berikut:-

• Mengenalpasti aset dan liabiliti simati
• Mengenalpasti waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka
• Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (bagi harta pusaka tanpa wasiat)
• Mendapatkan Geran Probet (bagi harta pusaka yang ada wasiat)
• Memohon Sijil Faraid dari pihak berkuasa.