Penulisan Hibah Profesional
Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Abu Hurairah:
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Saling memberi hadiahlah di antara kalian, nescaya kalian akan saling mencintai.”
(HR. Al-Baihaqi, Sunan Al-Baihaqi VI:169, Shahihul Jami’us Shaghir, hadis no: 3004 dan Irwaul Ghalil, 1601, hadis hasan.)
Hibah ialah pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara rela hati di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.
Ciri-ciri Hibah:
1. Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
2. Harta yang boleh dihibahkan ialah harta yang halal, yang benar-benar wujud (bukan hutang atau manfaat), boleh dijadikan hakmilik, ada nilai di sisi syarak serta harta hibah tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan.
3. Akad Hibah dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan.
4. Pemberian hibah tidak boleh dibatalkan. Hanya pemberian hibah dari ibu bapa boleh dibatalkan.
Kelebihan membuat Pri-Hibah:
1. Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah kerana kesan penulisan hibah adalah serta merta tertakluk kepada terma dan syarat deklarasi hibah tersebut.
2. Hibah boleh dijadikan instrumen untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
3. Pemberi hibah masih boleh menerima manfaat aset pri-hibah semasa beliau masih hidup.
4. Hibah akan berkuatkuasa selepas kematian Pemberi hibah.