Deklarasi Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai “Harta Sepencarian” atau harta bersama. Pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip faraid.

Kelebihan Deklarasi Harta Sepencarian:-

1. Menjamin hak isteri/suami ke atas pemilikan harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan.
2. Mempercepatkan proses penyelesaian pusaka pasangan anda.
3. Sekiranya Deklarasi Harta Sepencarian tidak dibuat, maka pasangan ada pilihan membuat tuntutan harta sepencarian melalui proses mahkamah. Bagaimanapun, pasangan anda perlu membuktikan wujudnya harta itu dan jumlah sumbangan (peratus)nya ke atas harta itu, bagi membolehkan Mahkamah Syariah memutuskan hak harta sepencarian pasangan anda tadi. Proses ini melibatkan kos yang tinggi serta memakan masa.